Sabtu, 28 Mei 2011

Pagi ni sempat juga menyiapkan kek choklat moist untuk anak Pn. Alia


hari ini dapat meyiapkan banyak juga biskut kelapa dan biskut bijan. Rangup dan sedap rasanya.
Kuih ini kita jual borong dan jual runcit . Jadi yang berminat untuk jadi pengedar boleh call sekarang tak perlu tunggu raya. Maruku pun ade tapi maruku kita berbeza. Kalau nak rasa boleh datang rumah

Khamis, 26 Mei 2011

Hari ni tulis resepi  sambal goreng salah satu menu yang terdapat dalam nasi ambeng
Bahan-bahannya
1 kilo kentang dipotong dadu dan goreng
5 biji tahu dipotong dadu dan goreng
5 keping tempe dipotong dadu dan goreng
suon direndam
Petai yang dikupas
fucuk digoreng
santan 1 kilo

bahan rencah
2 keping sotong kering direndam semalaman bersama dengan air abu dan dipotong halus
cili kering yang digunting halus / nak pedas boleh hiriskan cili api
bawang putih 5 ulas
bawang merah 5 ulans
serai 2 batang
lengkuas dihiris
halia di hiris halus
garam gula
air asam
belacan

cara
tumis bahan rencah sampai baunya naik wangi
masukan santan biar sampai menggelegak
masukan masukan gula. garam asam
masukan bahan yang digoreng
masukkan suon

hidangkan dengan nasi ambeng
pasti rasanya sampai menggigit jari
selamat mencuba

Khamis, 21 April 2011

resepi nasi ayam istimewa

hari ni nak kongsi nasi ayam bersama pembaca
1kilo beras siam wangi AA
3 batang serai
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
halia
daun limau purut
sedikit kunyit
garam
sedikit lada hitam
[semua bahan di blend dan masuk dalam beras yang sudah di basuh}
air sama banyak dengan beras lebihkan sikit
masukkan butter dan daun pandan
masukkan stok ayam

seekor ayam belah dada
blendkan serai , bawang putih, bawang merah, halia
sedikit sos tiram dan sos lada hitam
sedikit gravy instant chicken
kunyit, garam , lemon, madu lebah....
sapu rata semua dan panggang lebih kurang 1 jam

kuah
sup seperti biasa


sos
bawang putih 1 ulas
6 biji cili merah
lemon sedikit gula dan garam
{ blend semuanya]
terailah  kalau sedap..syukur

Isnin, 11 April 2011

newyork chess cake

Jam pukul 9.00 malam masih muda ...mata masih segar ..lalu timbul pertanyaan ape kek yang sedap dan lazat untuk Pn. Rohaida...baru teringat ...newyork chess cake. Aku pun tak tahu lagu mana dapat nama tu ............hari ni semua nya dah bersifat antara bangsa...sukar nak tentukan boundry.....apatah lagi dengan kecanggihan dunia internet tanpa sempadan.....
Senang aje buat nye..sape-sape pun boleh cuba...!!!!!
ambil biskut marie campur walnut campur gula dan butter cair. Apelagi tekanlah dalam acuan dan bakar kejap. Lapis atas Pukul cheess philadelphia dengan gula, susu, yogurt, telur dan tepung. bagi la sikit vanila  biar harum sikit baunya..masak satu jam ....jangan keluarkan dari dalam oven kalau dah masak tutup aje api pagi esuk baru buka ...masuk pula dalam chill.   cubalah .....

Isnin, 28 Mac 2011

kerabu pucuk ubi/pucuk paku/ dll yang seumpama

Cili api sepuloh biji
Bawang merah 3 biji
Cekur dalan 1in
Kunyit hidup 1/2 in
Belacan sedikit
Garam
gula
asam jawa
(semua bahan ditumbuk dan digaul dengan kelapa)
kelapa parut yang putih

celur pucuk ubi/paku @seumpanya
Gaulkan kelapa tadi
Sesuai dihidang dengan nasi panas.

Jumaat, 25 Mac 2011

kek cheese carot

Bahan
 225 g gula caster
225 tepung gandum
225 g butter
4 biji telur
1 tps baking powder
1tps vanila
campur semua pukul lebih kurang 8 minit
masukan carot yang telah diparut 11/ 2 biji
masak 180c

Selasa, 22 Mac 2011

Yee Mee

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

    Img_1915b
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.