Khamis, 24 Februari 2011

Kek cawan buah campuran

Bahan
mentega 120g
gula kastor 120g
telur 2 biji pisahkan kuning dan putih
tepung halus 150g
baking powder 2/3 sudu
buah campuran  150g

Cara
pukul mentega dengan gula  hingga kembang
masukan kuning telur
campurkan tepung dan baking powder
masukan buah campuran
pukul pukul telur sampai kembang dan masuk kacau dengan senduk


bakar 15-20 minit

Rabu, 23 Februari 2011

                                               

Anak-anak yang disayangi . Mereka inilah yang menjadi kekuatan pada diriku untuk meneruskan perjuangan

Selasa, 22 Februari 2011

Resepi Kek Karot
Bahan2nya
1 cawan walnut atau pecan (100 g) – tak letak, saya ganti dengan kismis
2 1/2 cawan karot yang telah diparut ( 340 g)
2 cawan tepung all purpose (260g ) – saya guna tepung naik sendiri
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 gula halus ( 300 g)
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola  ( 240 ml)
2 sudu teh vanilla essen
Untuk Frosting
1/4 cawan butter ( 57 g)
8 oz cream cheese ( 270 g)
2 cawan gula halus ( 230 g )
1 sudu teh vanilla essen
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut
Cara penyediaan
1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi.
2. Dalam sebuah bekas satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur hingga sebati ( 1 minit). Masukkan gula dan pukul  ( 3-4 minit) lagi.
4. Masukan minyak jagung dan essen vanilla. Pukul sebati.
5. Masukan tepung yang telah diayak tadi. kacau perlahan2.
6. Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu masukkan karot yang telah di parut serta walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping/ frosting.
** cara no 2, bakar semua adunan selama 40 minit kemudian bila telah sejuk belah dua ( melintang). Setelah di potong lapiskan dengan frosting.
Cara penyediaan frosting
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga ringan dan sebati.
2. Kemudian masukan gula, pukul hingga sebati dan rata.
3. Masukkan vanilla dan kulit lemon. Gaul rata. Bolehlah digunakan sebagai frosting.

Hari yang benar-benar letih

Hari ni balik dari kerja, aku tertidur.Sudah lama aku tak merehatkan badan dan memejamkan mata di waktu siang. Sejak kebelakangan ini rasa tak begitu sihat tak pasti adakah ini yang dinamakan tekanan emosi...Kalau ye aku tak rasa ape....agaknyanya perasaan tu dah semakin hilang....atau klimak aku penat banyak benda yang aku nak buat tapi tubuh tua ini kekadang tak mampu untuk menanggungnya.....namun disebalik keletihan ini aku terlintas nak buat sesuatu untuk sahabatku yang sudah berhijrah ke lain padang.....

Sabtu, 19 Februari 2011

Pai epal

Doh Pastri
165 g margerin pastri
85g gula kastor
1/2 cmt pes lemon
1/2 cmt vanila
1/2 biji telur gred b
250g tepung gandum
1. Putar margerin + gula
2. Masukan lamen pes + esen . putar lagi , masukan telur.
Gaulkan tepung . Uli jadi doh yang lembut

Bahan untuk Pai Epal
100 g mentega
50 g gula perang
6 biji epal potong dadu
70g kismis
4 camca besar badam cincang
1 cmt serbuk kayu manis (kalau tak suka gunakan sedikit sahaja)

cara
cairkan marjerin dam masukan epal, kismis , badam cincang serta serbuk kayu manis. kacau atas api 20 minit sejukan.
Doh yang telah dicanai masuk dalam acuan dan cucuk dengan garfu. Sapukan telur masukan isi pai dan tutup semula di atasnya . cucuk dengan garfu dan sapu telur. Bakar dengan 170 celcius selama 35 minit

Kuah Yong Taufu

Bahan-bahan ( sekeluarga (5,6 org) )

  • 10 tangkai cili kering (yg kerinting tau kalau yg lurus berkilat tu pedas sgt)
  • gula kabung 3 keping (ketuk bg hancur skit supaya senang larut)
  • 5cm belacan bakar
  • 800ml air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 100ml air)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar otak udang
  • 3 sudu besar sos cili
  • garam, gula, ajinomoto secukup rasa
  • kacang tanah yg digoreng dan dikisar kasar untuk hiasan

Cara-cara

  1. goreng cili dgn minyak hingga garing
  2. kisar belacan dan cili goreng tadi dengan separuh air sejuk
  3. renih gula kabung dgn baki lagi separuh air tadi hingga gula larut dan masukkan cili kisar biar mendidih
  4. masukkan kicap, sos cili dan otak udang biar mendidih sebentar kemudian masukkan gula,garam dan ajinomoto mengikut rasa anda
  5. setelah puas hati dengan garam gulanya bolehlah masukkan bancuhan tepung tadi untuk memekatkan kuah dan kacau
  6. siap untuk dimakan dan taburkan kacang tanah sewaktu menghidang

Aiskrim Strawberi

Bahan-bahannya:
400ml susu segar
500 g kerim putar
1 camca besar esen strawberi
80 g gula kastor
8 biji kuning telur
100 g puri strawberi ( buat sendiri)
pewarna merah

didihkan susus segar, krimputar, esen strawberi dan gula kastor. Putar kuning telur bersama gula hingga kembang. tuangkan adunan susu tadi dalam adunan kuning telur masukan puri strawberi dan pewarna merah . Kacau hingga rata. Masukan dalam peti sejuk selama 1 jam . Keluarkan dari peti dan masukan ke dalam mesin pembancuh aiskrim . Putar hingga kental . Masukan dalam nozel dan picit dalam mangkuk. Hias ikut kreativiti.

hidangan istimewa

Gambar kambing di ambil di pameran MAHA baru-baru ni. Daging kambing kalau besar ni boleh makan 300 orang . Bakar, masak kari, kuzi, kurma, rendang ...yumyum....sedapnya tapi kalau ade orang yang darah tinggi boleh makan tapi kena makan nenas...kalau tak...alamaklah

Khamis, 17 Februari 2011

Hari yang meletihkan

Kek untuk Pn. Zuhrah sempana hari lahirnya yang ke .....????. kasih sayang yang menentukan sedap  atau tidaknya hasil kerja . resepinya biasa saje....
resepinya
sepotong kasih sayang
keihklasan
daya kreativiti

Kek karot dan cream cheese

Ini kek karot cream cheese. Tak susah nak buatnya. cume perlu sikit kreativiti dan kerajinan.

Selasa, 15 Februari 2011

masakan yang digemari mudah dan ringkas

Hari ini teringat nak masak resepi baru. Resepi ni kawan perkenalkan masa majlis minum petang di Tasik Shah Alam . Simple aje tapi rasanya sedap. Tak perlu ambil masa lama untuk menyediakan ..jadi kalau sesiapa nak cuba bolehlah kita kongsikan resepinya

1 kilo kentang
2 tin mushroom sup
1 paket mushroom citake
1 paket mushroom tiram
1/2 liter susu cair
sedikit lada hitam
taburkan cheese
1 senduk instant gravy chicken

kek hadiah untuk Aifa

Kawan Kak nak kawin. Seronok rasanya macam anak sendiri Jadi kak pun berkira-kira apa nak buat . Ilhampun datanglah . Maka inilah hasilnya. Kek buah fondent. Warna pink tu tanda kasih sayang . Doa kakak agar kasih sayang Aifa berpanjangan bagai air laut yang mengalir tanpa hentinya