Sabtu, 28 Mei 2011

Pagi ni sempat juga menyiapkan kek choklat moist untuk anak Pn. Alia


hari ini dapat meyiapkan banyak juga biskut kelapa dan biskut bijan. Rangup dan sedap rasanya.
Kuih ini kita jual borong dan jual runcit . Jadi yang berminat untuk jadi pengedar boleh call sekarang tak perlu tunggu raya. Maruku pun ade tapi maruku kita berbeza. Kalau nak rasa boleh datang rumah

Khamis, 26 Mei 2011

Hari ni tulis resepi  sambal goreng salah satu menu yang terdapat dalam nasi ambeng
Bahan-bahannya
1 kilo kentang dipotong dadu dan goreng
5 biji tahu dipotong dadu dan goreng
5 keping tempe dipotong dadu dan goreng
suon direndam
Petai yang dikupas
fucuk digoreng
santan 1 kilo

bahan rencah
2 keping sotong kering direndam semalaman bersama dengan air abu dan dipotong halus
cili kering yang digunting halus / nak pedas boleh hiriskan cili api
bawang putih 5 ulas
bawang merah 5 ulans
serai 2 batang
lengkuas dihiris
halia di hiris halus
garam gula
air asam
belacan

cara
tumis bahan rencah sampai baunya naik wangi
masukan santan biar sampai menggelegak
masukan masukan gula. garam asam
masukan bahan yang digoreng
masukkan suon

hidangkan dengan nasi ambeng
pasti rasanya sampai menggigit jari
selamat mencuba