Isnin, 28 Mac 2011

kerabu pucuk ubi/pucuk paku/ dll yang seumpama

Cili api sepuloh biji
Bawang merah 3 biji
Cekur dalan 1in
Kunyit hidup 1/2 in
Belacan sedikit
Garam
gula
asam jawa
(semua bahan ditumbuk dan digaul dengan kelapa)
kelapa parut yang putih

celur pucuk ubi/paku @seumpanya
Gaulkan kelapa tadi
Sesuai dihidang dengan nasi panas.

Jumaat, 25 Mac 2011

kek cheese carot

Bahan
 225 g gula caster
225 tepung gandum
225 g butter
4 biji telur
1 tps baking powder
1tps vanila
campur semua pukul lebih kurang 8 minit
masukan carot yang telah diparut 11/ 2 biji
masak 180c

Selasa, 22 Mac 2011

Yee Mee

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

    Img_1915b
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Jumaat, 11 Mac 2011

kek blueberry

Salam buat semua .....untuk buat kek blue berry kita guna sponge kek. sama ada boleh beli yang dah ready made atau wat sendiri. Kalau nak buatsendiri basicnya
bahan -bahan sponge kek
4  buji kuning telur
60 ml minyak jagung
120 g tepung naik sendiri/ tepung cake
1 sudu kecil baking powder
60 g gula kastor
2 sudu susu cair @ 4 sudu susu fresh
1/2 sudu vanila powder

4 biji putih telur
60g gula kastor
1/2 cream of tartar
cara membuatnya
  campurkan tepung, baking powder dan gaulkan
pukul  kuning telur,minyak gula, susu dan vanila powder .pukul hingga kembang
pukul putih telur dengan crean of tartar dan gula hingga jadi gebu
campur bahan yang terdahulu dengan bancuhan putih telut
masukan dalam acuan bulat 9 in dan lapik dibawahnya bakar pada 180 c selama 40-45 min

Sabtu, 5 Mac 2011

pastry choux

Saya telah ditanya oleh rakan -rakan bagaimana nak buat pastry choux. Jadi inilah resepinya bagi mreka yang berminat untuk mencubanya.
Bahan-bahan
200 g butter
500 ml air
sedikit garam
1 sudu kecil gula
300 g tepung gandum cap sauh
9 biji telur saiz  B
1 sudu esen

cara
butter , air dan gula panaskan dalam periuk hingga mendidih
masukan tepung biarkan sejuk
pukul dan masukan telur dan esen vanila
Paipkan atas dulang
bakar 200 c selama 25 min
Belah dan masukan cream

Diplomat Cream
100 g instant custard
150 g air
100 g whipping cream

kacau kastad dan air hingga lembut dan masukan whipping cream


selamat  mencuba

Selasa, 1 Mac 2011

Kek untuk orang Kedah/ Fondent Aising Kek dengan Kek Butter campuran buah-buahan

Hari ini seorang kawan diraikan dalam majlis yang agak meriah. En Safiruddin. Beliau ditugaskan ke seksyen 24 sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar. Aku tak ketinggalan bersama meraikan majlis untuknya. Hadiah sebiji kek yang berlatarkan warna hijau kuning menjadi pilihan ......secara tak sengaja En. Shafie ni orang Kedah. Jadi sesuai benarlah warna tersebut....